G4NRE
|
|
|
Autodesk MapGuide 6.5 ActiveX Viewer is required to view the map. |
|
PENGENALAN G4NREGeoInformation mempersembahkan maklumat di permukaan bumi (termasuk lautan) dalam membentuk spatial dan atribut yang mudah dilihat seperti dalam peta. Namun, dengan perkembangan teknologi terkini bentuk pemetaan dapat dipersembahkan dalam bentuk digital. Berdasarkan perkembangan teknologi tersebut aplikasi G4NRE ini dibangunkan dengan harapan dapat mempersembahkan data spatial dari pelbagai agensi berkaitan NRE dalam satu aplikasi. Dari itu, pelbagai analisis berkaitan pengurusan alam sekitar, pengurusan sumber asli, pengurusan dan pemantauan hidupan liar, pengurusan pengairan dan saliran, mineral dan geosains, pengurusan tanah dan pengurusan hutan dapat dilakukan dengan mudah dan cepat. Aplikasi G4NRE boleh diakses secara intranet dan dikawal penggunaannya hanya untuk pengguna eksekutif yang didaftarkan sahaja. APAKAH G4NREGeoinformation for Natural Resource and Environment (G4NRE) adalah aplikasi yang dibangunkan khusus untuk kegunaan pegawai-pegawai eksekutif Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam membuat keputusan/polisi, perancangan, perlaksanaan, pemantauan dan penguatkuasaan. Data yang dihasilkan dalam aplikasi ini diambil dari pelbagai tema data yang dibekalkan oleh pelbagai custodian melalui Infrastruktur Data Geospatial Negara (MYGDI). Objektif G4NREPembangunan negara yang pesat sekarang memerlukan para pegawai eksekutif membuat keputusan/polisi, perancangan, perlaksanaan, pemantauan dan penguakuasaan secara tepat dan cepat. Melalui G4NRE para pegawai eksekutif boleh mencapai pelbagai maklumat geospatial yang terkini dengan cepat dan membolehkan mereka membuat keputusan dengan segera terhadap pembangunan sesuatu hartanah di samping mengekalkan keseimbangan alam. |
|
|
Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara, Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar,
Requires with IE 6.0 and above. |
|